Membentuk insan yang cemerlang dunia dan akhirat melalui pendidikan Al-Quran dan akademik.
Bulan Ramadhan adalah masa untuk berkongsi rezeki dan meraih keberkatan. Kami membuka peluang untuk anda menyumbang kepada Dana Sahur dan Berbuka bagi pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi'Uni Batu Pahat.
Sumbangan anda akan memastikan para pelajar menikmati hidangan sahur dan iftar yang mencukupi sepanjang bulan mulia ini, agar mereka dapat fokus kepada ibadah dan hafazan Al-Quran.
Ayuh, rebut peluang beramal jariah dan gandakan pahala anda!
Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi'Uni sedang berusaha menambah unit asrama bagi menampung lebih ramai pelajar yang ingin mendalami hafazan Al-Quran. Dana ini akan digunakan untuk menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa dan kondusif untuk para Huffaz menjalani kehidupan harian dan pembelajaran.
Sumbangan anda bakal menjadi saham akhirat, membantu kami membina generasi penghafaz Al-Quran yang berilmu dan berakhlak.
Diperlukan RM 35,000
1 Lot RM 50 atau ikhlas
Kami sedang berusaha untuk membangunkan sistem perpaipan air (boring) bagi memastikan bekalan air bersih dan mencukupi untuk kegunaan harian asrama, kelas, dan aktiviti pelajar. Ayuh, hulurkan infaq anda untuk membantu kami merealisasikan projek ini demi keselesaan para Huffaz. Semoga setiap titisan air yang dimanfaatkan menjadi aliran pahala berterusan buat anda.
1 Lot RM 100 atau ikhlas
Mengurangkan kos utiliti, memastikan bekalan elektrik berterusan, menyokong kelestarian alam, menyediakan fasiliti pembelajaran kondusif, dan menjadi pelaburan jangka panjang untuk manfaat Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi'Uni.
Diperlukan RM 50,000
1 Lot RM 100 atau ikhlas
"Sedekah paling afdal adalah sedekah yang diberikan pada waktu subuh." — (HR. Abu Daud)
Waktu subuh adalah saat penuh keberkatan, dan bersedekah di waktu ini membuka pintu rezeki serta keampunan dari Allah SWT. Sertailah kami dalam menyokong pendidikan dan kebajikan para pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi'Uni melalui Sedekah Subuh anda.
Setiap sumbangan anda, walau sekecil mana, menjadi cahaya dalam perjalanan para Huffaz menghafaz Kalamullah.
Seikhlas hati
Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Fattabi’Uni memerlukan RM350,000 untuk membayar pembelian tanah sebelum atau pada 15/3/2025
👉TUJUAN MEMBELI TANAH ;
✳️ Mendirikan Pusat Pengajian Akedemi Dan Kemahiran Tahfiz
✳️ Mendirikan lot-lot niaga untuk
menjana ekonomi Maahad Tahfiz
✳️ Membina rumah singgah untuk
musafir
✳️ Mewujudkan tapak parkir untuk sebahagian jemaah Masjid ( Yg terletqk didepan Maahad Tahfiz )
SUMBANGAN DERMA BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN BANK di atas nama:
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN FATTABIUNI
MAYBANK - 551061331119
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:-
Abi Raja Abdul Rahim Bin Raja Hassan
0197763323
Seikhlas hati